Wednesday, October 21, 2009

Kahwin untuk Seks

Perkahwinan dan Seks

Isu ini merupakan bersangkutan antara satu dengan yang lain. Saya tertarik apabila membaca isu lama tetapi ada baiknya juga kita baca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tentang perkara ini.

Tajuk Artikel adalah berkaitan "Salahkah Berkahwin Kerana Seks" dari laman IKIM, artikel ini memberi pendapat tentang perkahwinan misyar yang pernah menjadi perbahasan hangat pada satu ketika dahulu.

Apabila kita tengok pada tajuknya sahaja, sudah tentu boleh kita katakan perkahwinan dilangsungkan adalah diatas dasar cinta, kemahuan, agama dan juga seks.

Tanggungjawab juga harus dipikul untuk menjadi seorang suami dan bapa kepada keluarga. Perkahwinan bukanlah sekadar melepaskan hawa nafsu seks semata-mata.

Walaubagaimanapun perkahwinan dan seks tidak dapat dipisahkan, dimana ia merupakan kemahuan suami dan isteri.

Pada dasarnya juga artikel ini menyatakan pada hasrat perkahwinan pasangan tersebut dan niat mereka untuk berumah tangga. Pandangan yang diterima, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian diantara kedua-dua belah pihak untuk mengukuhkan lagi zuriat keturunan dan meninggalkan perkara yang mungkar.

Seronok juga baca artikel sebegini.... cuma perkahwinan misyar ini tidaklah begitu teruk untuk dijadikan bahan hinaan atau cercaan. Tidak seperti yang kita sangkakan, yang penting kemungkaran tidak bermaharajalela...





Sunday, October 4, 2009

Belanja Kahwin

Belanja Kahwin oohhhh Belanja Kahwin,

Memang semua orang menghadapi masalah yang sama bila kita sembang hal belanja kahwin, dari belanja nak buat kad jemputan hinggalah kepada nak membeli bahan lauk-pauk.

Sekarang mungkin senang sikit just buat katering aje... tak payah nak pening kepala.
Tapi kita perlu bijak jugaklah mengaturkan perbelanjaan perkahwinan supaya tidak berlakunya pembaziran yang melampau.

Ada beberapa tips yang disyorkan untuk belanja kahwin ni...

1. Sediakan jadual, buat brainstorming aje dulu masukkan semua perbelanjaan kalau
ada, kalau tak ada cuba cari atau anggarkan.

2. Dari senarai yang dah di brainstorming tadi asingkan mengikut kepentingan, contoh
kalau hidangan tetamu ia perkara penting, manakala rakaman video mungkin kurang
penting.

3. Buat servey di beberapa kedai pengantin atau mak andam untuk mendapatkan pakej-
pakej yang istimewa, dapatkan apa yang boleh mak andam tu bagi, ada sesetengah
pakej mak andam dia siap bagi pakej fotografi. Kat sini anda dah jimatlah bab
fotografi.





4. Beli barang hantaran ketika ada promosi jualan kilang atau jualan hebat, sahabat
saya beli pakaian sebagai barang hantaran ketika jualan gedung jenama terkemuka.
Bab ni kena rajinlah sikit mencari..

5. Kad jemputan kalau nak jimat elok print sendiri aje, atau disatukan aje maksudnya
pengantin perempuan dan lelaki gunakan kad yang sama cara ni amat jimat dan tak
membazir sebab kalau pihak perempuan tak cukup boleh guna pihak lelaki punya dan
begitulah sebaliknya.

6. Dan, akhir jangan lupa peruntukkan wang kecemasan jika diperlukan tambahan.
Selalunya ada ajelah yang akan kurang bila dah dekat-dekat time nak langsung
nanti.


Begitulah 6 tips ringkas untuk persediaan BELANJA KAHWIN.

Kalau ada bolehlah kita kongsi bersama....


Ok, sekian dulu hingga jumpa lagi....

Wednesday, September 30, 2009

Cincin Perkahwinan


Cincin perkahwinan memang menjadi perhatian pada para tetamu yang hadir apabila selesainya Majlis Akad nikah bersama Tok Kadi.

Pada ketika itu pengantin perempuan mula menjadi perhatian untuk majlis seterusnya, iaitu menyarung cincin atau adat membatal air sembahyang ( ada sesetengah mengatakan tidak sesuai menggunakan istilah batal air sembahyang....)

http://sydeenphoto.com/blog/?cat=1&paged=2

Ramailah mula nak tengok cincin di jari manis si jelita tersebut.
Cincin perkahwinan merupakan lambang istimewa kepada pengantin. Terdapat pelbagai bentuk cincin perkahwinan yang kita lihat pada masa kini, samaada di kedai Poh Kong atau Habib malah kedai Emas Mek Senah di Kota Baharu, Kelantan pun ada ciri-ciri serta rekebentuk mereka tersendiri.

Cincin Perkahwinan kebisaannya kita beli sekali sahaja dan mungkin akan di pakai oleh bakal isteri kita sehingga akhir hayat, maka pemilihan cincin perkahwinan perlu diberikan perhatian.

Surveylah seberapa banyak kedai yang mampu anda survey untuk memastikan cincin perkahwinan idaman anda di temuai.

Pengalaman saya bersama ibu pernah pergi hampir 7 buah kedai untuk mencari cincin yang berkenan dihati, lepas tu bawa pulah bakal isteri pergi tengok lagi supaya kita bukan syok sendiri, sebab yang nak pakai sidia.

Bila bercakap tentang bab cincin perkahwinan ni jangan lupa juga tentang bajet. Sediakanlah bajet yang berpatutan jangan terover bajet sudahlah nanti sampai dah dapat anak pun hutang cincin perkahwinan belum habis bayar.
Bijaklah mencari Cincin Perkahwinan Idaman Anda.







Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

Urusan Kenduri Kahwin ingin mengambil kesempatan pada minggu ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri.

Semoga Hari Raya tahun ini akan memberi kemeriahan kepada keluarga anda.

Berhati-hati di jalanraya, semoga perjalanan anda selamat ke destinasi yang ingin dituju.


SELAMAT HARI RAYA

Saturday, September 12, 2009

Urusan Perkahwinan

Perkahwinan merupakan salah satu yang menjadi tuntutan agama, memang tidak dinafikan perkahwinan merupakan penyambung zuriat dan menjauhkan daripada perkara - perkara mungkar.

Tapi pada masa kini perkahwian amat perit untuk dilalui oleh mereka yang ingin berumah tangga oleh keran kos-kos perkahwinan yang kian meningkat kini.

Bila tiba urusan perkahwinan ibu bapa merupakan mereka yang amat sibuk untuk memikirkan segala urusan yang diperlukan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anak mereka.

Pada ketika ini jugalah bakal pengantin akan memulakan cabaran berumah tangga oleh kerana memerlukan beberapa persiapan untuk hari yang penuh sejarah ini.

Kewangan merupakan faktor yang amat penting yang tidak dapat dielakkan oleh semua pasangan yang ingin berkahwin. Kita perlu bijak untuk menguruskan kewangan supaya dapat melangsungkan hari bersejarah ini dengan lancar.

Blog ini akan cuba berkongsi dengan pembaca tentang segala urusan perkahwinan, supaya kita dapat berkongsi maklumat dan ilmu serta membantu anda untuk menguruskan perkahwinan anda dengan lebih lancar dan memberi idea yang lebih menarik.